Kisah ini tentang wasiat seorang ayah kepada dua orang anak lelaki beliau sebelum beliau meninggalkan dunia untuk bertemu dengan Penciptanya. Seorang ayah mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk anak-anaknya. Namun, apakan daya seoarng ayah untuk melawan kuasa Tuhan beliau.
Wasiatnya berbunyi begini:
1) seandainya kamu berjual beli dengan pelanggan, kamu jangan sesekali meminta hutang dari mereka.
2) sekiranya kamu keluar bekerja, pastikan kamu tidak terkena cahaya matahari.
Begitulah wasiat daripada seorang ayah kepada anak-anaknya, jika sekali imbas, memang tidak masuk dek akal wasiat bapa tersebut, tetapi wasiatnya tersimpul dengan penuh makna.
Setelah bertahun berlalu, kehidupan kedua-dua orang anak beliau sangat berbeza, sedangkan mereka mengikut nasihat yang sama,seorang hidup senang lenang, perniagaannya sangat menguntungkan manakala yang seorang lagi kehidupannya sangat miskin dan perniagaannya sangat merosot. Hal ini menimbulkan persoalan kepada ibu mereka.
Pada suatu hari si ibu bertanya akan hal yang sebenar kepada anaknya yang miskin,
Anaknya menjawab; "Wahai ibu, saya sendiri pelik, kenapa perniagaan saya merosot, sedangkan saya patuh kepada wasiat ayah. Ayah tidak membenarkan anak-anaknya meminta hutang daripada pelanggan, ini menyebabkan saya mengalami kerugian yang besar akibat daripada pelanggan yang tidak membayar hutang, wasiat ayah tidak membenarkan saya meminta hutang daripada pelanggan. Kemudian, saya terpaksa menampung belanja yang banyak untuk bergerak ke sana sini untuk mengelakkan terkena cahaya matahari.
Ibunya mengangguk sebagai tanda faham masalah yang dialami oleh anaknya itu.
Kemudian ibu tersebut menanyakan soalan yang sama kepada anaknya yang kaya raya itu.
Anaknya menjawab; "Wahai ibu yang disayangi, menurut wasiat ayah yang pertama, saya tidak boleh meminta hutang daripada orang yang berhutang dengan saya, oleh itu, saya tidak membenarkan sesiapa ppown berhutang, segala urusan jual beli mestilah secara tunai. Wasiat ayah yang kedua, saya tidak boleh terkena sinaran matahari ketika menjalankan perniagaan, oleh yang demikian, saya keluar ke tempat kerja sebelum matahari terbit dan menyiapkan kerja-kerja saya di pejabat, setelah matahari terbenam, barulah saya pulang ke rumah."
Ibunya berasa sangat bangga akan anaknya itu.

p/s: samelh kiter renungkan dan selamat beramal....(",)
No comments:
Post a Comment