Thursday, September 22, 2011

Di Suatu petang yang INDAH

Korang suke tak pergi pantai, mesti suke kan, pantai mane satu yang korang suke, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Pengkalan Balak ke, Teluk Cempedak ke...?
(senarai di atas ini adalah senarai pantai yang kaki ini pernah jejaki, hehe.., yang lain tu belom sampai lagi...., :) )

Seronok la kalau petang-petang pergi pantai, tengok sunset, main kat gusi-gusi air..., oooppsss..gusi ke gigi, entah, dah tak pasti..., hehehe, saya sendiri pown tak tahu sejak bile cerebelum saye nie dipenuhi ngan virus JIWANG, huhuhu..., sejak cuti lame kot, banyak baca novel, tengok cite korea, taiwan sumer tu.., huhu..., tapi jangan virus tu hilangkan folder2 KIMIA sudah...., hehehe, dok diam2 yer virus, jangan kacau folder lain..., eh, dah jauh plak saya mengarut.., (boleh ignore jer kalau bosan..., hehehe)

Back to my point, (betol ke ayat tu, wat malu diri sendiri jer..!!), okay, berbalik pada apa yang ingin saya storykan, memeng betol kan pantai tu cantik, ngan pasir yang halus, bunyi ombak yang memukul pantai, buih2 ombak yang putih, angin yang mendayu-dayu tu, memang ROMANTIK giler ar..., especially pada sape2 yang pergi sana ngan orang TERSAYANG,....

Dulu2 saya pernah cakap kat kawan saya,
"wat pe nak honeymoon kat pantai, bukan ade ape sangat, tak best langsung, baik pergi Eiffel Tower ker, CN Tower ker, baru best...., "
Tapi sekarang, saya dah format statement saye yang dulu2 tu, statement saye sekarang nie, macam nie...
.
.
.

Kenapa saya nak agung2kan ciptaan manusia yang sebenarnya untuk menyesatkan lagi manusia, sedangkan dengan melihat kebesaran Allah disekeliling kite pown dah mampu meningkatkan kecintaan kiter pada Allah subhannahuwataa'la..., Lailahaillallah, Muhammadurrasullullah...,
Mampukah kita sebagai hamba menandingi kuasa-Nya yang sememangnya tiada tolak bandingnya??? (teremosi pulak saye nie.. (T__T) muhasabah diri..)

Pernah tak kita fikir macam mana Allah jadikan pantai yang indah itu, bersama-sama dengan ombaknya yang mengalun indah, anak2 ketam berkejaran mencari ibunya, angin bertiup menggerakkan perahu yang karam di tengah lautan, pelbagai hidupan yang hidup dengan bahagia sekali di dasar lautan, menjadikan lautan sebagai ekosistem yang sempurna.., (betol ke ayat tu?.., action je lah..hehe)..

Subhanallah, Maha Suci Allah..., Alhamdulillah, aku bersyukur dengan segala nikmat-Mu Ya Allah....,

Jom layan ganbar2 kiteorang jalan2 tengok sunset...

kami ngan payung2 kami

sukenye die...

tunggu plangnye sang suami

payung rosak la awk...

tgk ape tu?

dyeorg kembar ker??

di gusi-gusi air

awekssssss

cun la..

maninye senyuman

jgn TUMBANG!!!!!

charlie angles

ZORROOOO

pic ni, sye snap...

anggun.....

cam ketam kan..

Rainbow

skit lutut yer?

sunset....

inilah saye....
 

Tuesday, September 20, 2011

Sape lah sangat saye ni....


Pembaca mesti sudah terbiasa dengan ayat sebegini, "Sapelah sangat saye nie", ataupun mugkin memang pennguna yang setia bagi statement tersebut.

Saya pun pernah menggunakannya, statement penuh saya sebegini, 
"Sape lah sangat saya ni, berangan je nak laki handsome, kaya, kerja arkitek, kerja engineer, kerja pilot, saya nie bukan cantik pon, kerja pon bukan best sangat, belajar pon tak habis,....."
Begitulah keluhan yang biasa saye keluhkan, terutama lepas baca novel yang watak heronya seoarng pilot, handsome, tinggi, kaya, putih, romantik, dan yang sewaktu dengannya. Sehinggakan saya sanggup stay up sampai pukul 4 pagi semata-mata untuk tahu macam mana sebenarnye watak lelaki handsome itu.

Tapi, tanpa saya sedar, jauh di sudut hati saya, saya telah mengutuk diri saya sendiri, saya nie hidung tak mancung, tak ade lesung pipit pon, mata tak bundar pon, dan sumer2 yang tak tu adalah saya. Bagaimana kalau ibu saya yang tersayang mendengar akan keluhan saya itu, alangkah sedihnya hati seorang ibu, keluhan saya itu seolah-olah saya menyalahkan ibu saya yang melahirkan saya sebegitu.

Ibu yang mengandungkan saya selama 9 bulan sanggup melakukan apa saja untuk memberiakn sesuatu yang terbaik untuk saya. Orang cakap, kalau nak anak putih, masa mengandung, minum air soya banyak2, sampai kembung perut minum air soya, tapi kalau Allah telah takdirkan anak itu kulitnya sawo matang, ia tetap sawo matang. Siapalah kita menidakkan kuasa Allah.
Itu baru sahaja persoalan tentang seorang ibu yang melahirkan, macam mana pula tentang Pencipta kita yang satu. Dialah yang menciptakan sebaik-baik makhluk. Sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan, bagaimana kalau Allah tarik kembali hidung kita yang tidak mancung itu? Adakah kita menjadi semakin cantik atau semakin tidak cantik? Sama-sama kita renungkan sejenak. Bagaimana pula kalau Allah hilangkan terus penglihatan kita, mata yang bundar atau sepet sudah tidak bermakna lagi. 

Pernah juga saya mendengar keluhan rakan-rakan sebaya yang mengadu kepada saya.
"Semalam aku nampak Siti ngan pak we die, pak we die tu handsome giler, memang padan la Siti ngan laki handsome, die tu dah la tinggi, macam model, hidung mancung, putih, bla bla bla........., aku yang tak cantik ni jangan berangan la nak pak we macam Siti tu, sapelah sangat aku nie........" (watak hanya rekaan semata-mata)

Sebagai seorang kawan, saya pon sedih dengan kawan saya tu, kepada kawan saya yang dikasihi, dengarlah luahan hati saya ini..
Kawan, Allah itu menciptakan makhluknya pelbagai bentuk, rupa, warna dan sebagainya, mungkin ada di antara kita yang hidungnya mancung sampai 3 inchi, ade juga yang 2 inchi setengah, ade yang 1 inchi jer, pelbagai bentuk kan, mungkin dirimu itu yang yang setengah inchi, walau berapa pun saiz ketinggian hidungmu, bersyukurlah kerana kamu masih punya hidung. 

Kawan, sekiranya kamu bersedih hanya kerana kamu tidak putih melepak, kamu sepatutnya bersyukur kerana kamu masih punya kulit yang sihat wala'fiat, yang tidak punya jangkitan apa-apa pun. Seandainya kamu sedih kerana kamu tidak punya rupa yang cantik, kamu sepatutnya bersyukur kerana masih punya AKHLAK yang indah, kecantikan luaran itu akan terserlah apabila dihiasi dengan akhlak yang baik.

Kawan, kamu tidak perlu bersedih dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Allah itu telah menyusun segala sesuatu dengan terbaik untuk makhluknya, hanya Allah yang mengetahui akan segala sesuatu. Mungkin Allah belum menghantarkan kamu seorang lelaki yang handsome giler untuk bertahkta di hati kamu, kerana Allah ingin hantarkan lelaki yang handsome giler to the power of 9 kepada kamu. Berbahagialah wahai sahabat dengan apa yang kamu miliki, kerana itu bukanlah hak kita selamanya, ia sekadar pinjaman duniawi. Tiada yang kekal melainkan akhirat. Tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana kita masih punya Allah yang maha Agung.

Subhanallah, subhanallah, subhanallah....



Tuesday, September 13, 2011

Wasiat Seorang ayah...

Kisah ini tentang wasiat seorang ayah kepada dua orang anak lelaki beliau sebelum beliau meninggalkan dunia untuk bertemu dengan Penciptanya. Seorang ayah mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk anak-anaknya. Namun, apakan daya seoarng ayah untuk melawan kuasa Tuhan beliau.
Wasiatnya berbunyi begini:
1) seandainya kamu berjual beli dengan pelanggan, kamu jangan sesekali meminta hutang dari mereka.
2) sekiranya kamu keluar bekerja, pastikan kamu tidak terkena cahaya matahari.
Begitulah wasiat daripada seorang ayah kepada anak-anaknya, jika sekali imbas, memang tidak masuk dek akal wasiat bapa tersebut, tetapi wasiatnya tersimpul dengan penuh makna.
Setelah bertahun berlalu, kehidupan kedua-dua orang anak beliau sangat berbeza, sedangkan mereka mengikut nasihat yang sama,seorang hidup senang lenang, perniagaannya sangat menguntungkan manakala yang seorang lagi kehidupannya sangat miskin dan perniagaannya sangat merosot. Hal ini menimbulkan persoalan kepada ibu mereka.
Pada suatu hari si ibu bertanya akan hal yang sebenar kepada anaknya yang miskin,
Anaknya menjawab; "Wahai ibu, saya sendiri pelik, kenapa perniagaan saya merosot, sedangkan saya patuh kepada wasiat ayah. Ayah tidak membenarkan anak-anaknya meminta hutang daripada pelanggan, ini menyebabkan saya mengalami kerugian yang besar akibat daripada pelanggan yang tidak membayar hutang, wasiat ayah tidak membenarkan saya meminta hutang daripada pelanggan. Kemudian, saya terpaksa menampung belanja yang banyak untuk bergerak ke sana sini untuk mengelakkan terkena cahaya matahari.
Ibunya mengangguk sebagai tanda faham masalah yang dialami oleh anaknya itu.

Kemudian ibu tersebut menanyakan soalan yang sama kepada anaknya yang kaya raya itu.
Anaknya menjawab; "Wahai ibu yang disayangi, menurut wasiat ayah yang pertama, saya tidak boleh meminta hutang daripada orang yang berhutang dengan saya, oleh itu, saya tidak membenarkan sesiapa ppown berhutang, segala urusan jual beli mestilah secara tunai. Wasiat ayah yang kedua, saya tidak boleh terkena sinaran matahari ketika menjalankan perniagaan, oleh yang demikian, saya keluar ke tempat kerja sebelum matahari terbit dan menyiapkan kerja-kerja saya di pejabat, setelah matahari terbenam, barulah saya pulang ke rumah."


Ibunya berasa sangat bangga akan anaknya itu.



p/s: samelh kiter renungkan dan selamat beramal....(",)