Saturday, March 24, 2012

Episod 1

Segalanya bermula pada cuti semester yang lepas. Memang terlalu cepat sehingga tak tercapai dek akal ku. Apakan daya, aku hanya hamba kepada yang Maha Esa, apa-apa yang terjadi memang sudah tertulis di Luh Mahfuz. Terima lah dengan hati yang terbuka.

Kebiasaannya, kalau cuti semester, aku memang tak lekat kat rumah, kalau ada kat rumah pon, orang tua cakap tak semapat nak panas punggung, aku dah chow pergi rumah keluarga angkat di Kuantan. Alasannya, sebab nak kerja, jadi cikgu tadika, nanti bila nak masuk universiti, tak payah mintak duit kat ummi, jimat duit ummi. Ye la kan, aku nie anak sulung, tak kan la semua benda nak mintak ngan ummi, adik-adik kecik lagi, diaorang tak boleh cari duit sendiri lagi, tak pe lah, kak long mengalah, jadi kakak mithali. Ecececece......, menyampah plak aku, *puji diri sendiri la konon. 

Untuk cuti semester nie, aku rase malas pulak nak pergi Kuantan, tak tahu la kenapa. Ummi suruh pergi, sebab ummi risau la ummi tak boleh nak bagi duit sebelom biasiswa masuk kan, tapi aku cakap la, tak nak pergi sebab nak study. mesti ade yang tanya, study ape bende dah abis semester kan kan kan kan.., huhuhu, aku kena repeat paper anatomy and physiology sebenarnya, so, konon-konon nak study la mase cuti tu. (study jugak tapi tak habis, normal la kan.) hehehe.

Baru 3 hari ade kat rumah, aku dah rase gelisah. Bosan, boring, bosan, boring dan sebagainya. Hari-hari tolong ambik upah habiskan nasi kat rumah. takut membazir, membazir kan amalan syaitan. *konon je lah kan. Kalau tak ambik upah makan nasi, aku ambik upah kacau adik, menangis adik-adik aku bila kena cubit, bukan cubit biasa taw, cubit yang power sekali. hehe, *keistimewaan, kena test power, hehehe.

Satu malam tu, ade dapat mesej dari Brother nie, *ewah ewah brother ko, caya lah. hehehe. 

Brother: Ade kat mane?
Aku: Kat rumah, tengah cuti sem.
Brother: Nak ajak keluar esok, boleh ker?

Oh no...!!!!!!!, aku dah gelisah. Dalam hati nie memang tak nak keluar ngan Brother nie sebab pernah ade kes sebelom nie. Bukan kes ape sangat, aku nie peraturan tu ketat sikit, orang garang kan. hehehe. Memang betol-betol tak nak...!!!, huhu.., Masa tu, orang yang aku tanya mula-mula sekali mestilah ummi aku sendiri kan, patut ke keluar ngan Brother nie. Ye lah, dia tak kawin lagi, silap hari bulan dia berkenan nak ambik jadi isteri, susah pulak. Aku nie dah la muda lagi, belajar pon tak habis lagi, memang macam-macam la aku fikir.

Pada masa tu, ummi aku dengan cool nye cakap macam nie:

"Tak salah kalau nak keluar ngan dia, anggaplah sebab nak jumpa setelah sekian lame tak jumpe. Kalau dah jumpa esok, cakap betol-betol ngan dia, saya ni sebenarnya tak suka sangat keluar ngan Brother, ye lah Brother pon tak kawin lagi. Jangan pulak menipu yang awak nie dah ade orang lain, tak baik menipu, nanti kita sendiri yang tertipu dengan penipuaan kita. Cara yang betul, bagitahu bende yang sebetulnye, jagan menipu."

Ya Allah, malam tu, memang aku tak lena tidur, ke kanan tak kena, ke kiri pon tak kena. Dalam kepala nie dok fikir pasal esok..., !!! Waaa.., memang betol-betol stress...., huhu, tak nak dah stress macam nie.., huhu..., macam orang tak betol dah aku masa tu.


To be continued..., nak kena sambung study.., =)

Thursday, March 22, 2012

Bakal Suami (",)

 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk update blog. 

Tajuk entry kali nie agak 'seram' sikit, insyAllah tak kan ganggu mimpi sesiapa pown. hehe. Saya tak pandai nak bercerita tentang cintan cintun sebab diri sendiri pown gagal dalam bercinta. Tapi, jauh di sudut hati, punya keinginan untuk bercinta, ingin berkasihan, perasaan ingin dicintai dan ingin dikasihi oleh insan lain. Itulah yang dikatakan fitrah kejadian manusia, kasih mengasihi dan cinta mencintai di antara satu sama lain.


Mungkin ade di antara kita yang sedang tefikir tentang 'bakal suami' mereka. Ada yang menginginkan bakal suami yang handsome, yang rambut panjang, yang rambut pendek, yang botak licin, yang gemuk yang pendek yang kurus dan yang sebagainya. Semua nya nak yang baik-baik belaka tidak mahu ada yang cacat walau sedikit pown. Seolah-olah kalau cacat tu, nanti akan memalukan diri sendiri. Nauzubillah, jangan berfikiran sebegitu. =).

Allah telah berfirman : 

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri suapaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramurasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."- Surah Ar-Ruum.

Ini bermakna, bakal suami yang macam mana kita nak, bukan lah sesuatu yang kita boleh cari di supermarket, tetapi ia mesti hadir dalam diri kita terlebih dahulu. Kalau kita mahu bakal suami yang baik, kita sendiri perlu jadi baik terlebih dahulu. Kalau kita mahu yang beriman, kita terlebih dahulu perlu beriman. Seperti kata pepatah Melayu, ukur baju di badan sendiri. =)

Satu lagi, jangan sesekali cakap, "saya tak nak yang botak, saya tak nak yang pendek, saya tak nak yang gemuk dan tak nak yang itu yang ini............". Allah itu maha Kuasa, Dialah yang mengaturkan segalanya. Boleh jadi ape yang kita suka itu tidak baik untuk kita, dan boleh jadi ape yang kita tidak suka itu adalah yang terbaik untuk kita. Ikhlas kan hatimu dalam menerima ketentuan Allah. 

Akhir sekali, saya yang ingin sya katakan, kita sebagai hamba Allah, kita tidak boleh buruk sangka dengan apa yang terjadi. Walau apa pown yang terjadi samada baik atau buruk, itu semua telah tercatat sebagai takdir kita. Kita tidak punya kuasa untuk melawan kuasa-Nya. Ya, mungkin hari ini kita lihat orang lain bahagia, tapi kita masih menanggung derita yang tak sudah, jangan berduka, jangan terus bersedih, teruskan berdoa dan berdoa dan berdoa semoga kebahagiaan milik kita akan tiba, biarlah masa yang menentukan. Allah suka untuk mendengar rintihan hamba-Nya, jadi, tidak perlu segan untuk menundukkan wajah untuk seketika untuk berdoa kepada Allah yang maha Mendengar.


Sahabat yang dikasihi sekalian, insyAllah, semoga apa yang saya kongsikan ini mendapat manfaat untuk kita semua, saya masih dalam proses untuk belajar menulis, maafkan saya jika ada terlanjur kata dan bicara. 


Sekian terima kasih.



Monday, March 19, 2012

Terima Kasih semua...

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, malam ni tercapai jugak hajat nak postkan satu entry yang baru dengan penampilan blog yang baru. Okay tak kalau blog yang serba putih ni? hehe Okay la kan, nampak la kedewasaan ku ini, hehe. 

Entry ini ditujukan kepada kawan-kawan yang selama ini menyokong saya walau apa pun yang terjadi. Terima kasih kepada semua sekali, sekiranya nak disenaraikan satu persatu, memang tidak tersenarai, nanti ade yang berkecil hati. So, untuk tidak mengecilkan hati mana-mana pihak, saya tujukan kepada semua yang bergelar KAWAN. 

Kawan-kawan yang dikasihi sekalian, saya tidak ada wang emas atau perak untuk membayar segala kebaikan yang kawan-kawan semua pernah hulurkan. Tetapi, saya ada Allah yang sentiasa mendengar doa hamba-hamba-Nya. Hanya doa yang mampu saya hulurkan untuk membalas segala kebaikan kalian semua.

Kalian semua memang baik, saya sangat bertuah mempunyai kawan seperti kalian semua. Kalian tidak pernah mempertikaikan saya ini berasal dari kerabat mana, rumah apa yang saya tinggal, siapa ibu bapa ayah saya, berapa keputusan saya dan apa kisah silam saya sebelum mengenali kalian semua. Alhamdulillah, kalian menerima saya dengan seadanya.

Andai kata saya terjatuh, kalian lah yang pimpin tangan saya untuk berdiri kembali, Pada saat saya menangis, kalian juga turut sama menangis mendengar kesedihan saya. Kalian tidak pernah tinggal saya keseorangan walau dalam apa jua keadaan saya. Samada gembira atau sedih, kita tetap berkongsi bersama-sama.

Kawan-kawan sekalian, saya bahagia melihat kalian semua tersenyum bahagia. Sekiranya saya diminta untuk menjadi badut untuk menceriakan hari-hari kalian, ya, saya sanggup. Saya sakit seandainya kalian sakit, saya juga gembira seandainya kalian gembira. Saya rasakan yang saya seorang yang zalim sekiranya saya meninggalkan kawan saya kesedihan  dan saya berlari mencari kebahagiaan seorang diri. Tidak sama sekali kawan-kawanku.

Hari ini mungkin hari bahagia saya. Saya bersyukur kerana kawan-kawan saya tetap bersama disebelah saya. Terima kasih kawan-kawan ku sekalian, semoga kebaikan yang telah kalian berikan ini, Allah akan gandakan dengan seribu rahmat. 

Terima kasih banyak-banyak..

terima kasih untuk senyuma kalian...