Pembaca mesti sudah terbiasa dengan ayat sebegini, "Sapelah sangat saye nie", ataupun mugkin memang pennguna yang setia bagi statement tersebut.
Saya pun pernah menggunakannya, statement penuh saya sebegini,
"Sape lah sangat saya ni, berangan je nak laki handsome, kaya, kerja arkitek, kerja engineer, kerja pilot, saya nie bukan cantik pon, kerja pon bukan best sangat, belajar pon tak habis,....."
Begitulah keluhan yang biasa saye keluhkan, terutama lepas baca novel yang watak heronya seoarng pilot, handsome, tinggi, kaya, putih, romantik, dan yang sewaktu dengannya. Sehinggakan saya sanggup stay up sampai pukul 4 pagi semata-mata untuk tahu macam mana sebenarnye watak lelaki handsome itu.
Tapi, tanpa saya sedar, jauh di sudut hati saya, saya telah mengutuk diri saya sendiri, saya nie hidung tak mancung, tak ade lesung pipit pon, mata tak bundar pon, dan sumer2 yang tak tu adalah saya. Bagaimana kalau ibu saya yang tersayang mendengar akan keluhan saya itu, alangkah sedihnya hati seorang ibu, keluhan saya itu seolah-olah saya menyalahkan ibu saya yang melahirkan saya sebegitu.
Ibu yang mengandungkan saya selama 9 bulan sanggup melakukan apa saja untuk memberiakn sesuatu yang terbaik untuk saya. Orang cakap, kalau nak anak putih, masa mengandung, minum air soya banyak2, sampai kembung perut minum air soya, tapi kalau Allah telah takdirkan anak itu kulitnya sawo matang, ia tetap sawo matang. Siapalah kita menidakkan kuasa Allah.
Itu baru sahaja persoalan tentang seorang ibu yang melahirkan, macam mana pula tentang Pencipta kita yang satu. Dialah yang menciptakan sebaik-baik makhluk. Sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan, bagaimana kalau Allah tarik kembali hidung kita yang tidak mancung itu? Adakah kita menjadi semakin cantik atau semakin tidak cantik? Sama-sama kita renungkan sejenak. Bagaimana pula kalau Allah hilangkan terus penglihatan kita, mata yang bundar atau sepet sudah tidak bermakna lagi.
Pernah juga saya mendengar keluhan rakan-rakan sebaya yang mengadu kepada saya.
"Semalam aku nampak Siti ngan pak we die, pak we die tu handsome giler, memang padan la Siti ngan laki handsome, die tu dah la tinggi, macam model, hidung mancung, putih, bla bla bla........., aku yang tak cantik ni jangan berangan la nak pak we macam Siti tu, sapelah sangat aku nie........" (watak hanya rekaan semata-mata)
Sebagai seorang kawan, saya pon sedih dengan kawan saya tu, kepada kawan saya yang dikasihi, dengarlah luahan hati saya ini..
Kawan, Allah itu menciptakan makhluknya pelbagai bentuk, rupa, warna dan sebagainya, mungkin ada di antara kita yang hidungnya mancung sampai 3 inchi, ade juga yang 2 inchi setengah, ade yang 1 inchi jer, pelbagai bentuk kan, mungkin dirimu itu yang yang setengah inchi, walau berapa pun saiz ketinggian hidungmu, bersyukurlah kerana kamu masih punya hidung.
Kawan, sekiranya kamu bersedih hanya kerana kamu tidak putih melepak, kamu sepatutnya bersyukur kerana kamu masih punya kulit yang sihat wala'fiat, yang tidak punya jangkitan apa-apa pun. Seandainya kamu sedih kerana kamu tidak punya rupa yang cantik, kamu sepatutnya bersyukur kerana masih punya AKHLAK yang indah, kecantikan luaran itu akan terserlah apabila dihiasi dengan akhlak yang baik.
Kawan, kamu tidak perlu bersedih dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Allah itu telah menyusun segala sesuatu dengan terbaik untuk makhluknya, hanya Allah yang mengetahui akan segala sesuatu. Mungkin Allah belum menghantarkan kamu seorang lelaki yang handsome giler untuk bertahkta di hati kamu, kerana Allah ingin hantarkan lelaki yang handsome giler to the power of 9 kepada kamu. Berbahagialah wahai sahabat dengan apa yang kamu miliki, kerana itu bukanlah hak kita selamanya, ia sekadar pinjaman duniawi. Tiada yang kekal melainkan akhirat. Tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana kita masih punya Allah yang maha Agung.
Subhanallah, subhanallah, subhanallah....
No comments:
Post a Comment