Sunday, April 15, 2012

Adat Perkahwinan (",)

Alhamdulillah, selesai kelas untuk hari ni, esok dan hari-hari seterusnya pulak akan menyusul. Semoga saya kuat melawan arus kehidupan. InsyAllah.

Topik perbicaraan hari ni adalah 'adat perkahwinan'. Memang orang Melayu kaya dengan adat, adat nak kawin, adat mengandung (melenggang perut), cukur jambul, dan banyak lagi la kan. Itu lah identiti kita sebagai orang Melayu, sangat unik. =)

Kalau nak cerita semua adat yang ada memang 3 hari 3 malam tak habis, so, kita fokus 1 adat je dulu hari nie: adat nak berkahwin.

Mula-mula sekali, adat merisik, merisik nie macam nak jenguk-jenguk la si gadis tu dah berpunya ke belom. Kalau belom berpunya, boleh teruskan dengan adat bertunang, kalau dah berpunya, kena cari gadis lain la plak. hehe. Lepas tu bertunang, bertunang nie sebab nak ikat janji la, "okay awak tunang saya, saya tunang awak, saya akan kawin dengan awak dan awak akan kawin dengan saya", macam tu la lebih kurang janji nye. Bertunang nie atas kehendak masing-masing la, ade yang nak lame, ade nak sekejap jer, semua boleh, tak de yang haram atau makruh. Lepas bertunang tok jangka masa yang tertentu, maka sampai la masa nak kawin. Masa kawin nie, banyak lagi flow nye, dengan akad nikah, malam berinai, makan beradab, bersanding, sambut menantu, bertandang dan macam macam lagi la.

Nak completekan semua adat tu kadang-kadang agak rumit. Sebab banyak sangat flow. Dan, nak completekan semua tu of course and of course and of course we have to use money. Of course la kan, no money no talk. Itu lah yang jadi bila orang2 muda nak kawin, dyeorang akan jadi "aaaaaarrrrrrgggggghhhhhhh....., banyaknye benda nak kena settle, banyak nye duit nak kena guna, tak pe lah, tak jadi lah nak kawin". huh..!! susah jugak macam nie. 

In my opinion, tak complete semua pown tak ape, buat yang mana wajib je, bukan ke yang wajib je yang perlu diutamakan. Akad nikah je yang penting kan, yang hantaran banyak-banyak tu tak de pown tak pe, bersanding semua tu, lagi la kan, tak payah ada pown tak pe. Memang banyak la yang nak di'cut' kalau nak ikut opinion sendiri. Ye lah, sayang duit la kan, dengan nak belajar lagi, baik simpan duit tu buat beli apa2 yang lebih patut......

BUT!!!!!!!!!!!,

Listen here, bila kita bercerita bab kawin nie, ia melibatkan dua keluarga, keluarga belah lelaki dan belah perempuan. Lepas tu, orang sekeliling yang menilai. Memang pada pemikiran kita, macam tu or macam ni dah kira boleh kan, sebab kita dalam family kita sendiri, senang nak explain, dalam kumpulan yang kecil, senang nak paham. Tapi bila melibatkan orang sekeliling yang lagi hebat bab menilai, mereka tak paham apa yang kita buat sebenarnya, tak kan kita nak explain sorang2 kenapa, mengapa, bagaimana dan apa. IT IS IMPOSSIBLE kan.....!!!!!!!! So, kita just jadi yang biasa-biasa, jangan jadi luar biasa sangat. Memang betul kalau tak de yang start, tak kan ade yang mula, but then, nak buat ape yang orang tak buat tu, biarlah atas landasan, jagan terkeluar dari landasan.

Anggaplah adat tu sebagai guider untuk menjayakan majlis, kalau tak berterabur sekali majlis. kan kan kan, nanti ade pulak makan beradab dulu baru lah akad nikah. Itu memang dah terbalik. Adat dah susun dengan teratur, akad nikah dulu, then, pengantin pown dah lapar, mesti nak makan, sebab nak raikan raja sehari nie, bagi la makan lain dari yang lain sikit, special la sikit kan. Kalau tak de adat yang macam nie, nanti ade pulak pengantin kena basuh pinggan sendiri, senduk nasi dalam kawah sendiri, macam-macam kes la kan. OH.........., IT'S NOT NICE laaaaaaaaaaaa........, 

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....., tak tahu la mengarut ape, harap maaf yer. 

 

Wednesday, April 11, 2012

Saya Bahagia.

Assalamualaikum w.b.t, Ya Allah, dah berkulat dah pon blog aku nie, macam tak de tuan. *busy busy busy =).

Macam tak sesuai jer mood busy ngan tajuk entry "saya bahagia". hehe, tak kisah la, apa-apa pown, memang saya bahagia.

Rasenye hampir semua kenalan aku dah tahu tentang status aku sekarang, (bukan nak bangga :-) ). InsyAllah, dengan izin Allah yang maha Kuasa, tanggal 3 syawal 1433 hijrah, saya akan bergelar seorang isteri kepada seorang suami. InsyAllah. Tak dilupakan kepada kawan-kawan saya semua yang bagi sokongan, yang tolong like gambar, yang wish congrates, yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dan semua-semua lah. tak tersenarai rasanya. memang saya bahagia dengan respons anda semua.

"Oh nabila, ko nak kawin ngan sape????", "Bakal suami ko mesti dah keje kan,", "Eh, dah nak kawin, ngan sape, student USM jugak ke?" dan sebagainya...., begitulah reaksi kawan-kawan yang tahu, mula2 sorang, pas tu 2, pastu 5, 10, 25, sampai lah satu hari, everything is revealed. hahaha...., "Ya Allah, Nabila ngan Sir Nik...!!!, biar bertul?????", "ini bukan main-main kan?", "Nabila..!!!!!, biar betul...????" "OMMMMMMGGGGGGGG, serius terkejut, betol ke nie?????". Ya Allah, dalam kawan-kawan aku ternganga sebab terkejut ngan berita tu, aku tersenyum sorang-sorang. Alhamdulillah Ya Allah, memang aku bahagia dengan nikmat kebahagiaan yang Kau berikan ini.

Actually, aku nie memang lah tak pandai nak bercintan cintun, orang cakap tak berbakat. Mase sekolah dulu, memang dah terbiasa dengan cerita-cerita lepas kawin, tapi al maklum la masa tu 'kanak-kanak' lagi, tak boleh nak bayang kan macam mana la 'cinta lepas kawin' tu. So, ambik jalan pintas, kapel la kan, nak ade pengalaman bercinta yang sweet-sweet, date kat KFC, dapat present besar2 mase birthday, keluar date semua tu, memang aku tak nafikan la semua benda tu. =)

Alhamdulillah, dari masa ke semasa, aku mematangkan fikiran dengan sumber bacaan, tazkirah, kongsi ilmu ngan kawan-kawan, tanya orang yang lebih berpengalaman and so on la kan. Aku dah boleh terima hakikat yang 'cinta lepas kawin' tu memang indah, Subahanallah. *macam dah kawin, padahal tak lagi, cerita orang la kan. Aku selalu berangan la kan nak ber'cinta lepas kawin', nak bercinta bila dah dia jadi yang HALAL tok aku, semua-semua tu aku luahkan pada Allah. *kalau nak cerita kat kawan-kawan, diaorang pon tak boleh tolong ka, tolong dengar tu boleh la. Aku selalu la berseloroh, (dialek ganu, a.k.a bergurau) aku kawin tahun nie (2012). ade jugak kawan-kawan yang tak percaya, ye la, sapa nak kawin ngan aku nie, calon pown tak de, mengarut je lebih. Itulah, aturan Allah, tak siapa yang tahu kan.

Inilah yang aku nak kongsikan sikit ngan you alls la kan. hehe, *ala-ala gedikxxxx pulak. Bila dah jadi tunangan orang nie, memang bahagia, *awas, baru tunang, tak de ape2 yang halal lagi yer. Bahagia yang aku maksudkan di sini ialah bila mak mertua sarungkan cincin sebagai tanda termeterai lah ikatan janji antara dua insan. *wah ayat, gempak kan main na..... hehe, Masa tu, tak de reaksi ape yang boleh aku buat, senyum sampai telinga, memang tak cover langsung. *tak pandai nak cover. hahaha. At the same time, ade 10 kamera yang tunggu nak ambik gambar. Ya Allah..., seriously, unexplainable.

gambar blur ckit, layan je yer..

behave girl, u ar gonna be my daughter in law.

his mum, me and my mum. *happy family, insyAllah
last but not least, apa yang dikongsikan ini bukan untuk menunjuk, tapi sekadar berkongsi ngan kawan-kawan, InsyAllah, berkat doa kalian semua, kami akan berjaya membina keluarga yang bahagia, amin. Terima kasih banyak-banyak.

p/s: doakan kebahagiaan kami hingga ke syurga Allah, insyAllah.

Monday, April 2, 2012

Festival Kelestarian Islam (FesKI)

Alhamdulillah, dah selesai satu persatu program2 sepanjang bulan FesKI nie. Seronok sangat bila tengok ramai orang beratur kat meja pendaftaran sebelom masuk dewan. Alhamdulillah, mereka semua datang majlis ilmu, malaikat akan melebarkan sayapnya bagi mereka yang menghadirkan diri ke majlis ilmu.

Tadi baru selesai program bicara Ad-Din yang bertajuk "Satu Janji". Ahli panelnya Sham Kamekaze dan Ustaz Ubaidillah, pas tu moderator terkenal kat USM Kubang Kerian nie, Dr. Irfan. Sangat menarik, tak bosan. Kupasannya pown bercorak, mengharungi pancaroba dunia, pas tu, ingat janji kita dengan Allah subahanahuwata'la sebelom kita dilahirkan. Very nice, believe me, :-) 

Masa selingan forum tu tadi, ade la dyeorang pasang video pasal asal usul kejadian manusia. Bermula dari air mani(sperma) yang masuk ke vagina wanita untuk mencari telur(ovum). Video yang macam tu memang dah biasa tengok, kalau pergi kursus mana-mana pown ade jugak la motivator pasang video tu. 

Tapi, malam nie, feelnye lain sangat, mungkin la mood mase tu tengah insaf. Mungkin jugak tengok dengan skrin yang besar, sound effect okay, pas tu orang pulak ramai. Plus, Dr. Irfan explain dengan ayat2 jiwang ala-ala doktor tu, memang pergh..!!!!! Subhanallah, manthob, bravo, tip top...., 

Saya yang jenis over react nie, memang terover react sangat la tadi, nak menangis, tapi cover sebab orang ramai, malu la kan. hehehe.., Menangis bukan sebab ape, sebab masa tengok video tu, tak terfikir pown pasal nak ade baby cepat, tapi saya terfikir, Allahuakbar, hebat sungguh percaturan Allah taa'la. Memang tak de kuasa yang mampu tandingi even pergi belajar sampai bulan ke, sampai planet mana2 ke, jangan cuba lawan kuasa Allah. 

Cuba kita renung sekejap kejadian kita, asal usul kita. Dari mana asalnya kita? Semua manusia sama penciptaan nya, tak kisah la kita seorang doktor, seorang cikgu, seorang forensik hatta seorang menteri sekalipon, kita datang dari setitis air mani. Air mani nie, nak digambarkan kotornya asal usul dia, kalau setitis jatuh ke tanah, ayam tak patuk, itik tak sudu. Begitu lah juga dengan kita. Harta dan pangkat tu ape lah sangat. Tak de nilai nye di akhirat nanti kalau tidak digunakan ke jalan Allah. Nauzubillah hi minzalik.

 Itulah kita, dari air mani, dengan kuasa Allah kita lengkap menjadi sebentuk makhluk yang dinamakan "manusia". Memang tak tercapai dek akal kita macam mana semua bende boleh jadi, nak kata dalam perut ibu ade mesin, ibu kita bukan robot, so macam mana semua nie boleh jadi?????? Itulah kuasa Allah. Masya Allah, Subhanallah Allahuakbar. Betol lah seperti firman Allah: "Kun fayakun".

Setakat nie dulu, sama kita renung, kita muhasabah kemudian jadikan iktibar kehidupan. *juga nasihakan diri sendiri.

p/s: dunia hanya pinjaman, yang kekal adalah akhirat.