Friday, June 22, 2012

Kalau itu Takdirnya. (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. =)

Tajuk entry macam tajuk novel, memang tak mudah la kan.., pinjam kejap. hehe

Rase terpanggil untuk bercerita pasal jodoh pulak. tak tahu kenapa, sebab ramai yang tanya kot. hihi..

Ade yang tanya, "macam mana awak tahu itu jodoh awak, ye la kan, umur kita yang muda lagi nie, tak kan cepat betul awak buat keputusan untuk kawin". aku agak terkedu la bila dia tanya macam tu kan. aku tak marah pon kat dia, betol la soalan dia kan, macam mana boleh terfikir nak kawin pada umur yang setahun jagung nie.

Heemmmm, jawapan aku agak mudah la, semua orang pon akan kawin, aku ke, dia ke, mereka, kita, semua akan kawin, cuma, kita tak tahu bila, ade yang tahun nie, ade yang tahun depan, ade jugak 5 tahun akan datang. itu semua aturan Allah, kita sebagai manusia kita tak tahu, dan pada masa yang sama kita tak boleh nak tolak. sekarang nie, mungkin sekarang masa untuk aku terima semua benda, senang citer, dah sampai seru, walaupon tak de saper2 yang menyeru. hihi...,

Satu lagi, aku tak tahu kenapa aku terfikir macam nie, mungkin sebab banyak sangat tengok cerita, banyak la anasir2 luar yang menghasut. heemm, pada pendapat aku, dalam perkahwinan tu, mungkin ade yang sangat bahagia dan mungkin ade jugak yang akan rase terkilan. yang bahagia tu, semestinya itu yang mereka harapkan, contohnya seorang ibu memang mengharapkan anak nya kawin. bagi yang kurang bahagia dan agak terkilan tu, mungkin la dia agak kecewa sebab pengantin tu sebenarnya menantu idaman mereka, alangkah sedihnya sebab menantu idaman dah disambar orang. pergghhh...., ayat aku, tak mudah jiwang nya kan.., hahaha..

Bahagia atau sengsara itu semua pilihan kita. Kita kena perlu percaya bahawa, itulah 'takdir'. memang betul, takdir tu boleh berubah dengan keputusan kita sendiri. tapi kita tahu tak dengan keputusan yang kita pilih hari nie, apa effect nye untuk esok, untuk tahun depan, untuk 10 tahun akan datang??? kita tak tahu kan. dan memang dah Allah yang tentukan pilihan mana yang akan kita pilih. sebab nya, Allah dah aturkan kehidupan kita untuk hari esok, tahun depan dan untuk 10 tahun akan datang.

Itulah yang dinamakan kehidupan. jangan pernah takut untuk membuat keputusan. kadang-kadang kita takut untuk buat keputusan sebab kita takut keputusan kita salah, hakikatnya, sampai bila kita nak hidup dalam ketakutan, penghujung hari, kita tetap perlu putuskan kan kan. ade orang akan pilih keputusan yang selalu orang pilih, ade orang jugak akan pilih keputusan yang sedikit sangat orang pilih. itu semua bergantung pada pengalaman hidup masing2 la kan. setiap pilihan yang kita buat tu, ada kehidupan yang tersendiri, kita jer yang tak tahu ape yang akan berlaku pada hari2 yang mendatang kan kan kan.

p/s: jangan takut nak buat pilihan, anggaplah pilihan tu sebagai medium untuk kita dektakan diri dengan Allah.

sumber pic

Borak2 kosong (",)

In the Name of Allah, the Most Gracious and the most Merciful. (",)

Alhamdulillah, dah nak habis dah pon sem 2 Second year. Pejam celik pejam celik ade 3 hari je lagi nak pegang title second year student. wahahaha.., dah tua rupanya aku nie yer.., hihihi,

Memang tak tersebut rasenya kenangan sem 2 nie, banyak sangat, jatuh bangun nye aku, susah senang, suka duka, senyum tawa, banyak la. sampai kadang-kadang aku terkejut aku dah boleh lepas satu demi satu ujian dari Allah. Ya Allah, kuatkan semangat aku Ya Allah untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya.

Okay, tak nak story yang sedih medih nie, kita nak story yang happy-happy jer kan, yang sedih-sedih nie, tak layan la kan. hihi..,

Rasenya, semua dah sedia maklum yang aku akan menamatkan zaman bujang saya pada hari raya Aidilfitri nanti, raya ke 3 yer, InsyAllah. macam tak sabar pulak nak kawin kan, bukan ape, selagi tak kawin nie selagi tu la rase tak secure, rase macam banyaknya benda yang tak settle lagi. serious taw. InsyAllah, aku percaya kepada Pencipta Aku, Allah subhanahuwata'la. ameen. kawan-kawan jangan lupa doakan aku sekali yer, ameen.

Dalam dok sibuk2 nak habiskan sem nie, kawan-kawan dah sibuk fikir pasal nak grad, of course la kan, sapa tak nak grad, dah habis belajar tu, hehe. Pernah sekali, masa lunch dengan kengkawan kat kafe, kita dok discuss pasal grad, masing-masing ade plan sendiri la, yang tu grad nanti nak kawin, ade jugak yang cakap mase grad nanti nak tunang dulu. aku yang kat sebelah nie menyampuk la sikit kan.

"aku insyAllah, mase grad nanti ade anak sorang" hehehe

Mereka semua ternganga, aku pulak tersenyum.

"itu plan jer, tak tahu la kan kalau lagi awal dah ade anak sorang, manusia merancang, Allah menentukan"

Lepas tu, kawan-kawan yang lain pown bagi la kata-kata nasihat yang sememangnye membuatkan aku rase macam, nie sapa yang nak kawin sebenarnya nie, aku ke diaorang, diaorang macam tahu semua benda jer, musykil lah.. hihi

Ade yang cakap.

"eh u tak boleh pregnant mase kita 4th year, nanti u nak menembak di PDRM nanti, baby u sekali terkejut, kesian baby, tak boleh, tak boleh"

"ko jangan bersalin mase kat PDRM pulak yer, nanti kitaorang pulak yang kena jaga anak ko, bagi susu, tukar lampin semua tu, kitaorang nak pergi menembak"

"u jangan la mase konvo tu pregnant, nanti susah kalau bersalin mase nak terima sijil, kami jugak yang jadi bidan nanti, aku nak jadi heroin yang selamatkan baby tu"

Memang macam2 ragam, apa2 pon yang korang cakap, aku seronok sangat, sebab aku tahu, susah senang aku, aku tak sorang2, aku ade korang yang memang tak suka tengok aku menangis sebab susah sorang2 kan kan kan. seronoknya kenal kamu semua.

Tengok, dah masuk bab touching2 nie, aku mula la nak start nangis, huhuhu, cengeng nyeee..!! Okay lah, rasenye ini lah ape yang nak dikongsikan dengan kengkawan semua.

p/s: terima kasih banyak2 kawan2 ku sekalian. (",)




Sunday, June 17, 2012

Cantik Luar Cantik Dalam (",)

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :-)

Assalamualaikum wbt semua.. Alhamdulillah hari ni settle satu lagi paper untuk semester nie, masih berbaki 4 paper. 4 tu, banyak la tu kan..

Tak nak muqaddimah panjang2, just nak pergi straight to the point. Sekarang nie memang la musim exam dikebanyakan universiti la kan, so, emosi student2 pown agak tak menentu la kan. memang tak dinafikan lah sebab diri sendiri pown mengalami masalah yang sama. dalam nak control emosi tu, masing2 ade cara sendiri la kan macam mana nak handle, ade yang pergi keluar enjoy ngan keng kawan, ade yang tido jer, ade jugak yang buat tak tahu, dan last but not least ade yang express semua kat blog.

Erm, betol la kan, sendiri punya blog suka hati la nak post ape, nak post pasal happy ker, sedih ker, marah ker, putus cinta ker, semua boleh, sebab masing2 punya blog, so suka hati lah nak tulis ape.

But, aku kurang setuju la dengan pemahaman begitu. sebabnye, kita sebagai penulis, memang kita tulis sebab kita nak luahkan apa yang berbuku dihati, kalau ade perasaan yang marah sikit2 tu pown nak tulis kat blog, memang masing2 ade hak nak tulis ape2 yang diaorang suka, tapi cuba take a minute untuk fikir pasal perasaan orang yang baca blog awak tu. macam mana kalau orang yang baca tu kawan awak sendiri dan memang blog tu ditujukan pada dia. kan tak manis dah friendship korang. okay?

Then, ade jugak yang update blog untuk memalukan orang lain tapi sebenarnye tapi mata pembaca, awak yang memalukan diri sendiri. betol, kalau tak percaya cuba baca blog orang yang awak rase diaorang berniat nak memalukan atau mengenakan orang lain, seriously la cakap, pembaca tak nampak pown silap kawan yang nak dimalukan tu, tapi pembaca nampak orang yang bercerita tu nak memalukan diri sendiri. cuba check.

kalau kita tak jaga maruah kita sendiri, orang lain pown tak sanggup nak tolong jagakan untuk kita. itukan tanggungjawab kita. maruah kita tu kita kena jaga walau kat mana pown kita berada, kat alam nyata ke, kat alam maya ker, kena jaga tau. apa yang kita tulis kat blog kita, ape yang kita update status kita kat facebook, twitter, dan berbagai-bagai lagi, itu semua menunjukkan diri kita.

Orang kata, biarlah cantik luar dan cantik dalam tu datang sekali, jangan pulak cantik luar, tapi hati asyik dengki dengan orang. sama jugak dengan blog kita, kalau background dah cantik, widget pown cantik, biarlah isi pown cantik, barulah orang termimpi-mimpi nak tunggu update kita. kan kan kan...

p/s: jaga akhlak, jaga maruah, kadang2 lebih baik cerita kat Allah jer, confirm tak pecah rahsia. <3 <3 <3

 

Thursday, June 14, 2012

Thank You So Much Allah.

Alhamdulillah, sempat update blog hari nie. setelah sekian lame blog ni aku tinggal berhabuk kat satu sudut. hehe.

Alhamdulillah jugak sebab hari nie dah habis paper yang kedua untuk semester 2 Tahun ke-2, huahaha, soalan nye Youuuuuuu, scary giler, serious kami semua tersalah bajet.., huhu. apa2 pown kami mengharapkan miracle lah setelah bersengkang mata dok bace nota2 yang banyak tu.., InsyAllah.

Alhamdulillah jugak sebab dah okay demamnye.., Syukur sangat. Demam kali ni boleh la aku panggil 'demam kilat'. Sebab ape? Sebab nye aku tibe2 demam, tak de simptom2 pown. Ape yang aku ingat dalam pukul 3.30 pagi tu, aku tersedar sebab aku sejuk giler, sampai menggigil-gigil, lame jugak menggigil nye, sampai pukul 5.30 barulah aku tersedar yang aku dah okay. Sebelum2 nie memang macam tu, kalau demam panas, mesti aku sampai menggigil-gigil. perasaan macam tu memang la tak boleh nak cerita, mase tu yang aku fikir satu je, "macam nie sakit nak mati, aku sakit ape nie, masuk wad ke nanti, macam mana nak exam nie" macam2 lah.

tapi kan, selagi aku dok fikir pasal sakit, pasal mati, pasal masalah, selagi tu lah aku nie makin sakit. kan kan kan. so, aku try to act cool, padahal memang tak cool langsung pown, menangis je kan. tido je lah sampai pagi, dengan harapan InsyAllah pagi esok semua okay, boleh sambung bace nota kan.

esoknye, aku memang tak boleh nak bangun pagi tu, pening sangat, dalam hati dah terdetik, "malam tadi tu hint nak demam hari nie rupanye". normally bila demam kena rehat, tido, makan ubat, dan sebagainya lah kan. tapi ade satu yang kebanyakan orang terlepas pandang, iaitu, mind setting kita sendiri. pukul berape kita nak demam tu kebas, macam mana kita nak lawan demam tu dan doa dengan Allah semoga dipercepatkan sembuh sebab kita masih ade tugas yang perlu diselesaikan. bila dah usaha, tawakkal lah kepada Allah, Allah tahu segalanya.

aku sangat2 bersyukur sebab aku dikurniakan oleh Allah kawan-kawan yang sangat ambik berat pasal aku. *terharu sangat, semoga Allah membalas jasa baik awak semua dengan 1000 kenikmatan, InsyAllah. awak orang lah yang belikan makanan, bagu ubat, kejut suruh makan, touch my forehead to feel the heat, serously, I can feel the love that you gave to me. yang jauh pulak tolong doakan semoga nabila cepat sembuh, sangat2 berterima kasih. the best moment for ever is when i wake up, I felt something stuck on  forehead and it was so cool. guess what it is??? yuhuuu..., of course it's cool because it is a 'koolfever'... tak pernah mimpi akan guna benda tu sebab nampak childish sangat kan. itu lah kenangan dengan keng kawan.

again and again, terima kasih banyak2 you guys.

forever cool..., giler tak cool.. hehe

just for you guys...