Saturday, March 24, 2012

Episod 1

Segalanya bermula pada cuti semester yang lepas. Memang terlalu cepat sehingga tak tercapai dek akal ku. Apakan daya, aku hanya hamba kepada yang Maha Esa, apa-apa yang terjadi memang sudah tertulis di Luh Mahfuz. Terima lah dengan hati yang terbuka.

Kebiasaannya, kalau cuti semester, aku memang tak lekat kat rumah, kalau ada kat rumah pon, orang tua cakap tak semapat nak panas punggung, aku dah chow pergi rumah keluarga angkat di Kuantan. Alasannya, sebab nak kerja, jadi cikgu tadika, nanti bila nak masuk universiti, tak payah mintak duit kat ummi, jimat duit ummi. Ye la kan, aku nie anak sulung, tak kan la semua benda nak mintak ngan ummi, adik-adik kecik lagi, diaorang tak boleh cari duit sendiri lagi, tak pe lah, kak long mengalah, jadi kakak mithali. Ecececece......, menyampah plak aku, *puji diri sendiri la konon. 

Untuk cuti semester nie, aku rase malas pulak nak pergi Kuantan, tak tahu la kenapa. Ummi suruh pergi, sebab ummi risau la ummi tak boleh nak bagi duit sebelom biasiswa masuk kan, tapi aku cakap la, tak nak pergi sebab nak study. mesti ade yang tanya, study ape bende dah abis semester kan kan kan kan.., huhuhu, aku kena repeat paper anatomy and physiology sebenarnya, so, konon-konon nak study la mase cuti tu. (study jugak tapi tak habis, normal la kan.) hehehe.

Baru 3 hari ade kat rumah, aku dah rase gelisah. Bosan, boring, bosan, boring dan sebagainya. Hari-hari tolong ambik upah habiskan nasi kat rumah. takut membazir, membazir kan amalan syaitan. *konon je lah kan. Kalau tak ambik upah makan nasi, aku ambik upah kacau adik, menangis adik-adik aku bila kena cubit, bukan cubit biasa taw, cubit yang power sekali. hehe, *keistimewaan, kena test power, hehehe.

Satu malam tu, ade dapat mesej dari Brother nie, *ewah ewah brother ko, caya lah. hehehe. 

Brother: Ade kat mane?
Aku: Kat rumah, tengah cuti sem.
Brother: Nak ajak keluar esok, boleh ker?

Oh no...!!!!!!!, aku dah gelisah. Dalam hati nie memang tak nak keluar ngan Brother nie sebab pernah ade kes sebelom nie. Bukan kes ape sangat, aku nie peraturan tu ketat sikit, orang garang kan. hehehe. Memang betol-betol tak nak...!!!, huhu.., Masa tu, orang yang aku tanya mula-mula sekali mestilah ummi aku sendiri kan, patut ke keluar ngan Brother nie. Ye lah, dia tak kawin lagi, silap hari bulan dia berkenan nak ambik jadi isteri, susah pulak. Aku nie dah la muda lagi, belajar pon tak habis lagi, memang macam-macam la aku fikir.

Pada masa tu, ummi aku dengan cool nye cakap macam nie:

"Tak salah kalau nak keluar ngan dia, anggaplah sebab nak jumpa setelah sekian lame tak jumpe. Kalau dah jumpa esok, cakap betol-betol ngan dia, saya ni sebenarnya tak suka sangat keluar ngan Brother, ye lah Brother pon tak kawin lagi. Jangan pulak menipu yang awak nie dah ade orang lain, tak baik menipu, nanti kita sendiri yang tertipu dengan penipuaan kita. Cara yang betul, bagitahu bende yang sebetulnye, jagan menipu."

Ya Allah, malam tu, memang aku tak lena tidur, ke kanan tak kena, ke kiri pon tak kena. Dalam kepala nie dok fikir pasal esok..., !!! Waaa.., memang betol-betol stress...., huhu, tak nak dah stress macam nie.., huhu..., macam orang tak betol dah aku masa tu.


To be continued..., nak kena sambung study.., =)

2 comments: